Bazaar Raya Nadi 2026
15 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mac 2026, NADI Felda Taib Andak telah mengadakan Program Bazaar Raya NADi 2026 dibawah arahan MCMC dan telah berlangsung secara serentak bagi NADI seluruh Malaysia. Program telah berlangsung mulai 8.00 pagi sehingga 3.00 petang. Bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada tarikh 21 Mac 2026, Bazaar Raya NADI diadakan bagi menarik membantu komuniti setempat membuat persiapan raya. Selain itu, program ini dapat membantu usahawan tempatan menambah pendapatan mereka sebelum menjelang Hari Raya.
Terdapat pelbagai jualan yang terdiri daripada usahawan tempatan, antara ialah kuih raya, roti segar, kad raya, sampul raya, baju ‘Preloved’, biskut raya dan bermacam lagi dengan harga yang sangat berpatutan.
Selain itu, turut berlangsung promosi Kempen internet Selamat, Kelas Keusahawanan Kanak-kanak dan juga dewasa. Kelas E-sukan dan Tiny Techies juga turut berlangsung pada hari kejadian. Suasana Bazaar Raya NADI Felda Taib Andak berlangsung dengan sangat meriah.
Diharap akan lebih ramai lagi komuniti yang akan menyertai program bersama NADI Felda Taib Andak dan memberikan manfaat kepada mereka tidak kira peringkat umur serta mengeratkan lagi hubungan NADI bersama komuniti setempat terutamanya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: